Jangan pandang belakang

Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 5 April 2007. Filem ini ditayangkan di 51 buah panggung di Malaysia dengan 55 salinan filem malah ditayangkan di beberapa negara luar seperti Brunei, Singapura (bermula pada 3 Mei 2007 di 13 panggung) serta menjadi filem Melayu pertama di tayangkan di Filipina pada 20 Mei 2007 (tanpa alih suara dengan sarikata bahasa Tagalog).

Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta (sehingga 6 Mei 2007) dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007 filem ini memenangi anugerah Box Office.

more info

0 comments

Make A Comment
top